Ana Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan sejak 1983 bagi memenuhi permintaan pasaran yang ingin turut serta memartabatkan ekonomi ummah melalui produk jenama ANA yang Halal, selamat dan bermutu.
Kami mendokong falsafah perniagaan yang sama iaitu menjalankan perniagaan sebagai fardhu kifayah, menjiwai teras visi dan misi penting iaitu melahirkan usahawan Muslim yang berwibawa dan berdaya saing, serta memperkasakan produk Muslim yang bermutu, Halal dan selamat di bawah jenama ANA.
Antara kejayaan yang telah berjaya dikecapi ialah pengiktirafan Halal daripada JAKIM dan juga pengiktirafan IMP yang membuktikan proses penghasilan produk Ana Edar adalah Halalan Toyyiba.
Visi Kami
Syarikat melihat suatu keperluan yang meruncing terhadap produk yang mempunyai jenama dan nilai tersendiri, serta menyantuni piawaian syariah dengan sebenar-benarnya. Maka kami meletakkan sasaran untuk menjadi Peneraju rangkaian produk kesihatan bercirikan Halaalan Thoyyiban Mubarakan serta melahirkan rangkaian usahawan Muslim yang berdaya saing dan menjalankan jihad bisnes.
Misi Kami
- Menyediakan produk bercirikan Halaalan Thoyyiban Mubarakan yang menambah nilai kepada masyarakat.
- Menyediakan peluang perniagaan yang praktikal dan lumayan kepada Rakan Niaga Ana (Rania).
- Menyediakan sistem latihan dan sistem dalam talian yang bersepadu bagi melahirkan usahawan Muslim yang berdaya tahan dan berdaya saing.
Kenali Pengasas Ana Edar
Tuan Haji Othman Omar
Pengasas
Pengasas kepada jenama Ana dan seorang aktivis agama yang benar-benar meyakini bahawa demi menjaga kemaslahatan ummah, aspek ekonomi perlu diperjuangkan.
Puan Hajjah Esah Omar
Pengasas dan Pengerusi
Pengasas bersama jenama Ana dan syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. Sehingga kini aktif mengingatkan pelapis baru agar sentiasa berpegang kepada visi dan misi asal gagasan Ana.
Pasukan Teras
Luqman Bin Othman
Pengarah Urusan
Lulusan Undang-undang UIAM. Menjadi Pengarah Urusan sejak 2000. Bertanggungjawab mencorakkan hala tuju dan aspirasi syarikat bersama krew lain.
Hasniza Binti Hassan
Pengarah Eksekutif
Lulusan Undang-undang LLB dan LLB-SUIAM. Bertanggungjawab menguruskan kewangan serta memformulasikan produk- produk hebat keluaran syarikat.
Rosman Che Kassim
Pengurus Besar (Operasi)
Merupakan bekas leader Ana yang berjaya dan diserapkan ke dalam syarikat untuk membantu mengukuhkan operasi serta melicinkan jentera pentadbiran.
Nasiron Ngadi
Pengurus Pemasaran & Latihan
Mantan ‘trainer’ di Etiqa dan pemilik agensi. Berpengalaman luas dalam bidang latihan skil dan seminar. Bertanggungjawab menghasilkan modul bagi sistem latihan bersepadu syarikat.
Ustaz Haslin Baharim
Duta Qaseh Gold & Jihad Bisnes
Pendakwah bebas yang dikenali dan disayangi ramai. Seorang yang komited kepada idea jihad bisnes, dan kehadiran beliau telah menjayakan fenomena Qaseh Gold, Alhamdulillah.
Dr. Aina Othman
Konsultan Kesihatan
Lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang perubatan. Seorang doktor perubatan yang juga meyakini ‘functional medicine’. Memberi pandangan sisi perubatan bagi operasi syarikat.