fbpx
Tips Kesihatan

Kenapa Omega 3 Penting Buat Anak Berumur 1-6 Tahun

By Mei 31, 2019 Ogos 14th, 2019 No Comments

Kebaikan Omega 3 Untuk Anak

Siapa tak sayang anak kan? 🙂

Bila sayang, kita akan cuba berikan yang terbaik untuk anak-anak kita.

 

Antara yang ibu-ibu boleh amalkan untuk anak-anak ialah dengan memberikan mereka Omega 3.

Berdasarkan kajian, banyak kebaikan Omega 3 untuk anak lebih-lebih lagi yang berusia di bawah 6 tahun.

Nak tahu sebabnya kenapa? Boleh baca di bawah ni ye!

1. Omega 3 Boleh Meningkatkan Kesihatan Mata

DHA adalah sejenis Omega 3.

Dan yang lebih menarik, DHA adalah komponen utama dalam retina mata anda.

Anak-anak sekarang banyak terdedah alatan gajet seperti telefon pintar, tablet dan televisyen.

Kesemua peranti ini mengeluarkan blue light  yang boleh merosakkan mata.

Dengan mengamalkan pengambilan supplemen Omega 3, anda boleh menjaga kesihatan mata anak anda disamping mengurangkan penggunaan gajet-gajet tersebut,

2. Omega 3 Membantu Meningkatkan Perkembangan Otak

Mesti setiap ibu-ibu mahukan anak mereka membesarkan dengan pintar dan cerdas bukan?

Antara kebaikan Omega 3 ialah membantu perkembangan otak dan perkembangan fizikal bayi serta kanak-kanak.

DHA meliputi 40% daripada asid lemak tidak tepu dalam otak dan 60% daripada retina mata anda.

Oleh sebab itu, kanak-kanak yang sedang membesar sangat memerlukan DHA dalam diet harian mereka kerana ianya membantu meningkatkan tahap penglihatan mereka.

 

Disebabkan itu juga ibu-ibu mengandung digalakkan untuk mengambil Omega 3 kerana:

  • Anak yang lahir akan mempunyai daya kognitif yang lebih tinggi.
  • Kemahiran sosial dan kemahiran berkomunikasi yang lebih baik.
  • Kurang masalah tingkahlaku.
  • Mengurangkan risiko mengalami ADHD, austisma dan cerebral palsy.
  • Menguatkan MEMORI daya ingatan anak-anak.

 

 

3.  Omega 3 Mengurangkan Simptom ADHD

Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) adalah sejenis masalah tingkahlaku yang dihadapi oleh kanak-kanak.

Antara ciri-ciri ADHD yang anda boleh perhatikan jika ada pada anak anda ialah:

  • Cepat bosan
  • Terlebih aktif
  • Suka berlari-lari tidak kira masa
  • Sukar mendengar arahan dan tak focus

Ciri-ciri ADHD ini cumalah sebahagian sahaja dan mungkin anak anda tidak menunjukkan kesemua ciri-ciri ADHD di atas.

Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan anak-anak yang mengalami ADHD tidak mendapat Omega 3 yang mencukupi.

 

Bagaimana Omega 3 dapat membantu anak ADHD?

Omega-3 membantu memperbaiki ketidakupayaan dan memberikan mereka lebih fokus.

Malah masalah seperti hiperaktif dan mudah gelisah juga dapat dikurangkan dengan Omega 3.

 

4. Omega 3 Boleh Mengurangkan Masalah Asma

Asma adalah satu penyakit kronik yang menjangkiti sistem pernafasan manusia.

Antara simptom-simptom asma ialah batuk, lelah dan sukar bernafas.

Dengan mengambil Omega 3 sebagai supplemen, anda boleh mengurangkan risiko serangan asma ke atas anak-anak.

Seperti point sebelum ini, Omega 3 boleh mengurangkan masalah keradangan yang berlaku akibat serangan asma.

Malah Omega 3 juga berkesan untuk mengurangkan risiko asma ke atas orang dewasa.

 

5. Omega 3 Membantu Mengatasi Masalah Tidur

Anak anda mempunyai masalah tidur?

Masalah tidur ini biasanya dihadapi kerana masalah dalaman dan luaran.

Masalah dalam biasanya berkaitan dengan mimpi yang menakutkan yang sering mereka alami.

Biasanya mimpi ini sangat berkait dengan apa yang mereka lihat lihat dan tonton sepanjang hari.

 

Manakala faktor luaran pula berkaitan dengan persekitaran rumah.

Boleh jadi kawasan rumah yang bising dan terletak terlalu hampir dengan jalan raya menyebabkan tidur mereka terganggu.

 

Menurut National Sleep Foundation waktu tidur kanak-kanak berbeza mengikut umur mereka.

Kanak-kanak yang berumur 1-3 tahun memerlukan tidur dalam lingkungan 12-14 jam sehari.

Manakala kanak-kanak berumur 3-5 tahun memerlukan waktu tidur selama 11-13 jam sehari pada waktu malam.

 

Kekurangan Omega 3 dalam badan boleh menyebabkan masalah susah tidur.

Dengan mengambil Omega 3 sebagai supplemen, ianya akan membantu memanjangkan waktu tidur dan kualiti tidur anak.

Didalam Qaseh Junior Premium mengandungi semua nutrisi lengkap yang sangat diperlukan oleh perkembangan minda anak-anak untuk membesar dengan sihat.

Ok, sekarang anda sudah tahu  5 Kebaikan Omega 3 Untuk Anak Anda khususnya bagi perkembangan minda anak-anak.

Sekiranya anda take acktion terus apa yang anda belajar didalam artikle ni, in sha allah dapat membantu anak jadi lebih sihat dan membesar dengan baik.

Ramai orang juga buat tak tahu dan berasa tidak perkara ini penting mengakibatkan prestasi anak-anak jadi tak baik lagi-lagi yang sudah bersekolah.

Mereka tidak tahu bahawa mereka ada masalah, anda lah sebagai ibuayah perlu mengesannya daripada awal supaya tidak mengganggu proses belajar mereka.

 

Semoga perkongsian ini membantu sedikit sebanyak dan saya harap anda dapat banyak manfaat daripada aritkle ringkas ini.

Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca perkongsian ini dan tolong share blog post ini supaya ibuayah yang lain diluar sana dapat manfaat bersama.

Satu lagi please like this fb pages supaya anda tak terlepas lebih banyak lagi perkongsian, tips, cara penyelesian daripada kami.

Jumpa lagi di perkongsian kami seterusnya!

Leave a Reply