fbpx
Tips Kesihatan

Inilah 3 Nutrisi Penting Untuk Anak Cerdas dan Bijak!

By April 17, 2019 Jun 11th, 2019 No Comments

 

 

“Wah bijaknya anak awak Zara. Dah pandai mengira 1-100 ye. Melayu boleh, English pun boleh.” Tersenyum Zara bila anaknya dipuji oleh kawan-kawannya. Manakan tidak, Adam walaupun baru berusia 2 tahun dah peteh bercakap dan mengira.

Anda pun mesti nak anak yang cerdas dan bijakkan? Seronok tengok anak petah bercakap dan cepat tangkap bila diajar sesuatu.  Sebenarnya semua ini bergantung kepada tahap IQ dan nutrien yang diperoleh daripada makanan yang dimakan oleh anak-anak. Tiada nutrien yang boleh berfungsi sendiri untuk memaksimumkan pertumbuhan bayi dan kanak-kanak, semuanya mempunyai peranan masing-masing. Oleh sebab itu, anak anda perlu makan makanan seimmbang supaya semua jenis nutrien bagi memastikan proses perkembangan bayi dapat berjalan dengan normal dan cepat.

Mari kami kongsikan kepada anda 3 Nutrisi Penting Untuk Anak Anda!

1. AA (Arachidonic acid) dan DHA (Docosahexanoid acid)

AA dan DHA ini adalah sekumpulan asid lemak pyang penting dan badan anak anda tidak mampu menghasilkannya sendiri. Sekiranya anak anda masih lagi menyusu badan, tahniah, dia telah mendapat makanan bayi yang serba lengkap kerana DHA dan AA boleh didapati dari susu ibu!

Sumber AA dan DHA

Selain itu antara makanan yang mengandungi DHA dan AA ialah:

  • ikan tuna
  • ikan salmon
  • ikan makarel
  • ikan sardin
  • daging
  • telur

Kepentingan AA dan DHA untuk perkembangan bayi dan kanak-kanak

Okay untuk pengetahuan anda, sistem saraf pusat dan fungsi visual bayi dan kanak-kanak sangat memerlukan AA dan DHA. Ini kerana DHA berperanan dalam pembetukan sel-sel saraf dan cawangan sel saraf yang dikenali sebagai sinaps. Manakala AA pula memainkan perana sebagai neurotransmitter atau juga dikenali sebagai konduktor.

Anda juga boleh mengamalkan Qaseh Gold Junior meningkatkan kecerdasan dan visual anak-anak anda!

2. Omega 3, 6 & 9

Jangan lupa berikan bayi dan anak-anak anda Omega 3, 6 dan 9 kerana ianya sangat penting untuk kesihatan mereka. Ketiga-tiga jenis ini akan membentuk pembungkus saraf (nerve wraps) dan berfungsi sebagai anti radang dan anti pendarahan.

Ibu-ibu mesti biasa dengarkan Omega 3 baik untuk otak kan? Okay ada satu kajian yang dijalankan di United Kingdom menunjukkan keputusan bahawa kanak-kanak yang mengambil asid lemak Omega 3 mendapat markah yang lebih tinggi pada ujian membaca dan peningkatan dalam tingkah laku positif mereka.

Sumber Omega

Seperti yang sedia maklum, omega tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. Kanak-kanak perlu mendapatkan omega ini dari sumber-sumber berikut:

  • ikan berlemak tinggi seperti salmon dan tuna
  • kacang walnut
  • biji kapok
  • sayuran hijau

Kepentingan Omega

Omega 3 sangat penting untuk pertumbuhan otak anak anda dan memastikan perkembangan yang normal.

Jangan terkejut ada kajian yang menunjukkan kekurangan omega 3boleh menyebabkan masalah emosi kepada diri manusia dan menyebabkan kanser!

3. Asid Amino

Ibu-ibu mesti pernah dengar mengenai kepentingan Asid amino kepada anak-anakkan? Untuk pengenalan, amino asid ni sebenarnya satu bahan asas yang menjadikan protein malah sangat penting dalam sistem imunisasi anak.

Sumber Asid Amino

Antara makanan yang ibu-ibu boleh berikan kepada anak-anak yang mengandungi asid amino ialah:

  • daging
  • susu
  • sayuran
  • buah-buahan
  • bijirin kacang

Kepentingan Asid Amino

Penting tak asid amino untuk anak-anak kita? Sudah semestinya sangat penting!

Jika asid amino kurang dalam diet anak-anak kita, kesihatan mereka boleh terjejas. Mereka akan menunjukkan simptom-simptom seperti berikut:

  • cepat resah
  • kurang tumpuan
  • cepat letih
  • murung
  • hormon tidak stabil

Mesti ibu-ibu risau bila anak-anak menunjukkan simptop-simptom di atas kan?

Bagi ibu-ibu yang anak mereka mempunyai simptom-simptom di atas,  boleh juga mencuba Qaseh Gold Junior. InsyaAllah ibu-ibu akan nampak perubahan yang ketara.

Penutup

Jadi pesanan kepada ibu-ibu diluar sana, pastikan anak-anak anda makan makanan yang seimbang supaya usaha melahirkan anak cerdas dan perkembangan bayi serta anak yang cemerlang dapat dilaksanakan dengan berjaya! Jangan lupa share ya!

Leave a Reply