fbpx
KeluargaTips Kesihatan

Cara Uruskan Anak Hiperaktif Ketika Beraya Dirumah Orang

By Jun 12, 2019 No Comments

Alhamdulillah musim lebaran kini datang lagi.

Menziarahi sanak-saudara sudah menjadi amalan dan tradisi orang kita lebih-lebih lagi di bulan Syawal ini.

Tapi…

 

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang hiperaktif mesti risaukan?

Yelah, dengan macam-macam cerita sekarang.

Seperti yang pernah tular sebelum ni, TV Plasma raya pecah disebabkan anak.

Aduh mesti anda sebagai ibu bapa risaukan? Huhu.

 

 

Di atas adalah petikan status yang viral tentang anak-anak hiperaktif yang telah memecahkan TV plasma.

Asalnya ziarah saudara untuk menyambungkan silaturahim, tapi kini lain jadinya.

Lagi sedih, dah la silaturahim makin renggang, duit pun terbang..

 

Apa Itu ADHD

 

Pasti ada juga di kalangan pembaca blog ini tidak tahu mengenai ADHD ni kan?

Boleh diringkaskan ADHD berlaku kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan.

 

 

Mereka ini akan sentiasa aktif tidak kira masa dan ada masalah untuk fokus atau memberi tumpuan.

ADHD hanya akan berlaku satu jenis sahaja, samada masalah tumpuan atau bersifat hiperaktif sahaja.

 

 

Tips Mendidik Anak Hiperaktif

Sebagai ibu bapa, anda mungkin boleh beri perhatian kepada tiga jenis tips yang kami ingin kongsikan di bawah ini semasa membawa anak hiperaktif beraya:

 

1. Disiplin

Cara mendidik anak hiperaktif yang pertama ialah dengan berdisiplin.

Pastikan anda menyediakan jadual “Do and Don’t” bila ke rumah orang lain.

 

Pelaksanaan ini perlu dilakukan lebih awal lagi dan sudah menjadi rutin anak-anak.

Didikan ini perlu dijalankan sepanjang tahun dan bukan hanya menunggu sewaktu hari raya sahaja.

 

Anda boleh menetapkan apa yang anak anda boleh buat semasa di rumah orang lain.

Contoh seperti di bawah:

 

Do:

  • Duduk dengan diam bersama ibu bapa
  • Bermain dengan permainan sendiri

 

Don’t:

  • Jangan berlari di rumah orang
  • Jangan bergaduh

 

Ini cuma contoh, ibu bapa lebih arif dengan keadaan anak jadi sesuaikanlah dengan mereka ye.

 

2. Kurangkan Akses Kepada Gajet dan Televisyen

Dengan kehadiran mainan dan buku yang mereka suka, akan mengurangkan hiperaktif mereka.

Mereka akan leka bermain atau membaca buku.

 

Satu cadangan yang anda boleh guna ialah dengan meletakkan mereka membelakangi televisyen.

Kemudian beri mereka mainan yang mereka suka untuk mengurangkan pergerakan mereka.

 

Ibu atau bapa perlu bergilir-gilir untuk melayan anak ADHD supaya mereka berkelakuan baik di rumah tetamu.

Jangan  sibuk dan leka melayan gajet kerana pada waktu inilah kejadian yang tidak diingini berlaku. Huhu.

 

3. Gunakan Kaedah “Time Out”

Anda boleh gunakan kaedah “Time Out” untuk mengawal masalah tingkah laku anak anda.

Gunakan kaedah ini bila anak anda mula berkelakuan agresif seperti berlari-lari, menjerit dan berkelakuan luar kawalan.

 

Cara mengaplikasikan “time out”:

  • Bawa mereka jauh dari tempat asal ke tempat yang lebih senyap dan tenang
  • Pegang mereka supaya tidak ke lain
  • Bagitahu kesalahan yang mereka lakukan
  • Tanya mereka betul ke salah tindakan yang mereka lakukan
  • Tunggu jawapan dari mereka
  • Selepas mereka sedar akan kesalahan yang dilakukan, kembali ke dalam rumah / ruang tamu

InsyaAllah dengan mengamalkan kaedah ini, tingkahlaku yang kurang disenangi ibu bapa dapat dikurangkan.

Malah dari masa ke masa masalah tingkahlaku mereka dapat dikurangkan lagi!

 

Penutup

Walaupun anda mempunyai anak yang hiperaktif, jangan asingkan mereka dengan orang lain.

Bawa mereka bergaul dan pada masa yang sama awasi tingkahlaku mereka.

 

“Mengurung” dan tidak membenarkan mereka bergaul akan menyebabkan tingkahlaku mereka menjadi lebih teruk.

Ajar dan didik mereka untuk bergaul sejak dari rumah lagi.

InsyaAllah bila raya tahun hadapan menjelang, anda tidak risau lagi untuk membawa mereka menziarahi sahabat-handai dan sanak saudara.

Nak Tahu Rahsia Anak Skor A dalam pelajaran & Dapat Free 5 Siri Video Parenting By Ibu Rose Pakar Parenting Malaysia ?
Masukkan details anda di bawah untuk tahu Rahsia Anak Skor A dalam pelajaran dan muat turun pakej video parenting secara PERCUMA!
 

Leave a Reply