fbpx
Tips Kesihatan

Badan Yang Aktif Menyokong Kecerdasan Otak

By Jun 11, 2019 Oktober 3rd, 2019 No Comments
BADAN YANG AKTIF MENYOKONG KECERDASAN OTAK

Badan cergas otak cerdas. Jangan larang kalau anda lihat anak anda aktif bermain di padang atau melakukan sebarang aktiviti fizikal.

Selain menjadikan badan mereka lebih fit, ianya juga menjadikan mereka lebih pintar.

Ya, ini bukan sekadar cakap-cakap kosong tapi telah dibuktikan dengan kajian.

 

Profesor Phil Timporowski, exercise science professor  di  University of Georgia, beliau ada menyebut bahawa:

“Latihan akan memberikan kesan jangka masa panjang yg lebih kekal untuk otak kanak-kanak yang sedang berkembang.”

 

 

4 Sebab Kenapa Senaman Membantu Anak Anda Menjadi Pintar

 

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda 4 sebab kenapa anda perlu berikan anak anda masa untuk bersenam dan bermain di luar.

Bukan sahaja baik untuk kesihatan mereka, malah sangat baik untuk pertumbuhan otak mereka juga!

 

1. Melancarkan aliran darah ke otak

Aktiviti fizikal dapat meningkatkan aliran darah ke seluruh badan terutama sekali ke otak.

Darah bila sampai ke bahagian otak akan menghantar oksigen dan glukosa.

Oksigen dan glukosa ini sangat penting untuk meningkatkan fokus dan kewaspdaan otak anak anda.

Ini adalah rahsia otak yang cerdas!

 

Malah senaman juga menggalakan pengeluargan endorfin.

Endorfin lah “punca” anak anda merasa seronok dan gembira.

Bila anak anda lebih seronok dan gembira, mereka akan lebih mudah untuk belajar di dalam kelas.

 

 

2. Senaman Membina Sel-sel Otak Baru

Jangan terkejut, bila anak anda bersenam, banyak sel-sel otak baru akan terhasil.

Satu kajian yang dijalanakn di US, senaman dapat membina sel-sel otak baru di bahagian otak yang disebut dentate gyrus.

Apa fungsi dentate gyrus sebenarnya?

Dentate gyrus ini ada kaitan dengan memori dan kehilangan ingatan manusia.

Biasakan anak-anak bermain dan melakukan aktiviti fizikal kerana ianya akan membantu menjadikan:

  • Memori jangka pendek yang lebih baik
  • Menunjukkan masa tindakbalas yang lebih cepat
  • Mempunyai tahap kreativiti yang lebih tinggi.

 

 

3. Mudah Mempelajari Perkataan Baru

Anda nak anda lebih mahir berbahasa terutama bahasa asing seperti Bahasa Inggeris?

Ini adalah salah satu kelebihan bersenam, mudah belajar perkataan baru.

 

Kajian pada tahun 2007 yang dijalankan di Jerman menunjukkan selepas melakukan latihan fizikal, seseorang itu 20% lebih cepat untuk mempelajari perkataan baru.

Ini berbeza dengan mereka yang tidak melakukan sebarang latihan atau aktiviti fizikal.

 

Jadi sebagai ibu pastikan anak memberikan mereka masa untuk bermain di luar rumah dengan kawan-kawan.

Selain mereka seronok bermain, mereka juga akan lebih mudah untuk menguasai perkataan baru.

Ajarkan mereka dengan teknik flash card.

Walaupun pada awal-awal mereka kelihatan agak blur tapi mereka akan dapat mengingati setiap flash card  yang ditunjukkan.

 

 

4. Meningkatkan Kreativiti & Inovasi

Latihan fizikal dapat meningkatkan kreativiti dan inovasi.

Pada tahun 2007, satu kajian menunjukkan bahawa satu sesi berlari di atas treadmill selama 35 minit dapat meningkatkan kreativiti.

 

Anda boleh membiarkan anak-anak berlari di padang atau berjongging bersama-sama untuk meningkatkan kreativiti mereka.

Malah bila daya kreativiti meningkat mereka akan lebih kreatif dalam mencipta dan melakukan inovasi.

Jangan pelik kalau anda tengok mainan mereka dalam pelbagai bentuk lain nanti hehe.

 

Oh ya, layan je kalau anak-anak rajin bertanya soalan kepada anda.

“Ibu ini ape ye?”

“Ibu kenapa jadi macam ni?”

Ibu itu, ibu ini, layankan soalan-soalan anak anda.

Ini juga dapat membantu meningkatkan kreativiti dan imaginasi mereka.

 

Sambil-sambil mereka bertanya soalan tu, ibu-ibu boleh slow-slow suapkan Qaseh Gold Junior kepada anak.

Dengan rasa yang sedap, pasti mereka tak tolak Qaseh Gold Junior.

 

Kesimpulan

Buat ibu bapa di luar sana, jangan biarkan anak-anak anda hidup dengan gajet sepanjang masa.

Berikan masa bagi mereka untuk berinteraksi dan bermain dengan rakan-rakan mereka di luar rumah.

 

InsyaAllah anda akan melihat perkembangan positif dari sudut kesihatan dan intelektual mereka nanti!

Jangan lupa untuk amalkan doa belajar ini juga untuk membantu mereka terus sukses dalam pelajaran 😉

doa belajar

Leave a Reply