fbpx
Tips Kesihatan

8 Sebab Anak Anda Tidak Dapat Fokus Di Sekolah

By April 20, 2019 Ogos 9th, 2019 No Comments

 

 

Ramai di kalangan anak-anak kita mempunyai masalah fokus dan masalah belajar di dalam kelas kan? Kadang-kala kita sebagai ibu bapa pasti akan risau bila masalah ini timbul. Lagi-lagi bila prestasi akedemik mereka merosot.

Sudahlah tak fokus, bila tiba musim exam, markah mereka semakin menurun. Lagi risaukan..

Oh ya, tak semestinya semua masalah ini disebabkan oleh masalah pembelajaran atau Gangguan Kurang Tumpuan (ADD). Biasanya mereka yang mempunyai masalah ini akan mengalami masalah kurang tumpuan dan tumpuan mudah terganggu.

Banyak faktor lain juga yang mempengaruhi masalah belajar anak anda tidak fokus di sekolah.

8 Sebab Anak Anda Tidak Dapat Fokus Di Sekolah

 

1. Sedang Menyesuaikan Diri

Mungkin anak anda sedang menyesuaikan diri dengan persekitaraan baru di sekolah, lebih-lebih lagi yang baru masuk tahun 1 atau tingkatan 1. Bagi pelajar yang lebih senior mereka mungkin sedang menyesuaikan diri setelah habis cuti yang panjang seperti cuti hujung tahun. Nak “tune up” balik minda dan diri untuk belajar agak mengambil masa dan boleh menyebabkan kurang fokus di dalam kelas.

2. Kurang Faham

Boleh jadi juga anak anda kurang faham dengan apa yang diajar di dalam kelas. Kita perlu faham setiap anak mempunyai tahap IQ yang berbeza dan ada masa apa yang guru ajar, walaupun mudah sukar untuk mereka faham. Anda juga boleh membantu anak anda dengan memberikan mereka Qaseh Junior Premium kerana nutrisinya cukup untuk membantu mereka lebih fokus di dalam kelas dan mengatasi masalah belajar mereka.

3. Subjek Terlalu Mudah

Ini kes istimewa. Anak anda mempunyai IQ yang tinggi dan mereka mungkin bosan dengan apa yang diajar di dalam kelas kerana terlalu mudah bagi mereka. Inilah punca mereka tidak fokus di dalam kelas. Anak ini mungkin tiada masalah belajar cuma kurang berminat dengan subjek yang diajar di sekolah. Kalau anak anda begini, boleh cuba jalankan ujian IQ. Mungkin anak anda seorang yang genius!

4. Terganggu Dengan Persekitaran

Kawasan sekolah yang dikelilingi kawasan pembinaan yang bising akan menyebabkan anak kita kurang fokus di dalam kelas. Bunyi dari tempat pembinaan, kawasan jalan raya yang sesak dan kawan-kawan yang suka bercakap boleh menganggu fokus mereka.

5. Kurang Motivasi

Kurang motivasi untuk belajar juga boleh menyebabkan mereka tidak rasa bersemangat dan bertanggungjawab untuk belajar.

6. Cara Belajar Yang Kurang Sesuai

Ada pelajar yang belajar mudah belajar dengan melihat, ada yang mendengar dan ada yang kedua-duanya sekali. Jadi cuba pelbagaikan cara mereka belajar supaya mereka lebih berminat dengan pelajaran.

7. Tidur dan Nutrisi Yang Kurang

Kurang tidur dan tidak cukup nutrisi seperti vitamin akan menyebabkan mereka kurang fokus di dalam kelas. Bila mereka kurang tidur perasaan letih dan mengantuk akan menguasai diri.

Ini seterusnya akan menyebabkan mereka tertidur di dalam kelas dan ketinggalan kelas. Kepada para ibu bapa, pastikan anak anda tidak tidur lewat malam kerana bermain permainan video di telefon bimbit atau menonton drama.

Bagi masalah nutrisi kurang, kami mengsyorkan ibu bapa untuk mengamalkan Qaseh Junior Premium. Anak anda akan mendapat nutrisi yang lengkap dari 16 ramuan semulajadi seperti kurma, madu, Omega 3, (DHA) dan Blueberry. Kesemua ramuan ini kita sedia maklum sangat baik untuk perkembangan otak dan fizikal kanak-kanak.

8. Takut ke Sekolah

Perkara biasanya yang berlaku kepada murid-murid tahun 1 yang masih lagi takut-takut untuk ke sekolah. Biasalah pengalaman baru bagi mereka berjauhan dengan ibu bapa dan bersekolah yang ramai murid lain.

Malah ada juga yakerana tidak menguasai sesuatu subjek dan takut dimarahi guru. Selain itu faktor seperti menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM juga boleh menyebabkan mereka tidak dapat fokus di dalam kelas.

Atasi Segera Masalah Kurang Fokus

Setelah anda mengenali apa masalah sebenar anak anda tidak dapat fokus di dalam kelas, cepat-cepatlah cari jalan penyelesaian bagi mereka. InsyaAllah dengan bantuan anda, anak akan kembali fokus di dalam kelas dan akan lebih cemerlang dalam pelajaran. Masalah kurang fokus atau tidak dapat fokus tiada lagi selepas ini dan semoga berjaya!

 

Ok sekarang anda dah tahu 8 Sebab Anak Anda Tidak Dapat Fokus Di Sekolah yang mungkin selama ini anda tak tahu atau tak perasaan kenapa anak jadi macma tu. Apa-apa pun kena selalu rapat bertanya pada mereka setiap hari tentang aktiviti harian dia supaya kita dapat kesan awal apa masalah mereka. Dari situ anda boleh buat pencegahan awal daripada jadi lebih teruk.

 

Kanak-kanak diusia bergini mereka lebih suka mendiamkan diri daripada bagi tahu. Jadi tugas anda untuk menyelami tahu apa masalah sebenar yang mereka hadapi, jangan terus hukum mereka tapi cari apa sebab utama. Bak kata bijak pandai ” Jangan focus kepada masalah, tapi focus kepada jalan penyelesaiannya

 

Semoga perkongsian ini membantu sedikit sebanyak dan saya harap anda dapat banyak manfaat daripada aritkle ringkas ini.

Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca perkongsian ini dan tolong share blog post ini supaya ibuayah yang lain diluar sana dapat manfaat bersama.

Satu lagi please like this fb pages supaya anda tak terlepas lebih banyak lagi perkongsian, tips, cara penyelesian daripada kami.

Jumpa lagi di perkongsian kami seterusnya!

Leave a Reply