fbpx
Tips Kesihatan

8 Petua Tambah Selera Makan Anak

By April 25, 2019 Mei 31st, 2019 No Comments

 

 

“Ibu, adik tak nak makan la. Kenyang lagi…” Pening fikiran si ibu bila si kecil asyik tak nak makan. Habis semua jenis resipi dicuba, namun semuanya ditolak.

Yang si kecil nak makan cuma junk food yang tiada khasiatnya tu. Lagi pening si ibu.

Masalah hilang selera makan ini merupakan satu perkara yang biasa berlaku pada kanak-kanak. Jadi ibu-ibu jangan risau ye!

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan kepada ibu-ibu 8 Petua Tambah Selera Makan Anak dengan mudah.

Jom jemput baca 8 petua di bawah untuk tambah selera makan anak:

 

1. Beri Hidangan Kecil

Ibu-ibu boleh mengatasi masalah kurang selera makan ini dengan memberikan makanan dalam hidangan yang kecil.

Makan sedikit-sedikit namun kerap boleh membantu mereka makan dengan banyak tanpa mereka sedari.

Malah makan cara begini dapat mengurangkan risiko masalah sembelit di kalangan anak-anak anda.

2. Tukar Menu

Boleh jadi mereka kurang selera makan kerana makan menu yang sama.

Ibu-ibu perlu kreatif dalam menyediakan makanan untuk anak-anak. Anak kurang selera makan kadang-kala bukan sebab mereka tidak sihat, namun mungkin bosan dengan menu yang sama.

Pelbagai menu masakan anda dan pastikan anak anda mengambil makanan yang seimbang.

Oh ya,  jangan lupa tambahkan Qaseh Gold Junior dalam menu harian anak anda. InsyaAllah selera makan anak anda akan meningkat!

 

3. Jangan Jadikan Susu Krim Sebagai Hidangan

Ramai kanak-kanak yang mengalami masalah kurang selera makan kerana terlalu kerap mengambil susu samada susu formula atau susu krim.

Seperti kita tahu, meminum susu akan menyebabkan perut merasa kenyang. Ini menyebabkan bila tiba waktu makan sebenarnya, mereka tidak berselera untuk makan.

Sebagai cadangan, anda boleh mengantikan susu dengan yogurt.

4. Wajibkan Sarapan Pagi!

Menu sarapan pagi yang simple tapi berkhasiat sangat membantu meningkatkan selera makan anak anda!

Sarapan pagi yang seimbang dapat meningkatkan metabolisma anak anda setelah semalaman “berpuasa” dan menghadapi pagi mereka dengan penuh bertenaga!

Anda cuma perlu wajibkan sarapan pagi pada anak anda dan anda akan lihat perbezaan dalam selera makan mereka.

5. Tambah Masa Bermain

Haa ini satu petua yang sangat simple. Anda cuma perlu tambah masa bermain mereka. Pastikan mereka banyak melakukan aktiviti fizikal di luar rumah.

Konsepnya mudah je, banyak bermain maka banyak tenaga yang digunakan. Kami jamin, anak anda akan lebih berselera untuk makan selepas bermain!

6. Tempat Makan Kondusif

Anda perasan tak kalau tempat makan anda panas, anak akan cepat meragam dan makan sikit? Haa sebenarnya tempat makan memang memainkan peranan juga dalam menentukan selera makan anak anda.

Jadi solusinya, cuba alihkan tempat makan mereka jauh dari tingkap atau kalau panas disebabkan cuaca, boleh pasang kipas dengan lebih laju atau gunakan penghawa dingin.

 

7. Elakkan Perbincangan Serius di Meja Makan

Ibu bapa perlu mengelakkan perbincangan serius di meja makan untuk mengelakkan anak merasa bosan semasa makan. Cuba berbual topik kegemaran anak-anak semasa makan.

Bila rancak berbual, mereka pun tak sedar dah makan dalam kuantiti yang banyak. Mesti ibu gembira melihat anaknya makan dengan banyak dan berselera sekali.

8. Tambah Pengambilan Zink

Anak-anak yang kurang vitamin zink akan mengalami masalah kurang selera makan. Antara sumber makan yang kaya dengan zink adalah:

  • kekacang
  • keju
  • susu segar
  • telur

Ibu-ibu boleh mempelbagaikan menu dalam masakan harian bagi memastikan anak-anak mendapat jumlah zink yang mencukupi!

 

Penutup

Moga dengan perkongisan 8 petua menambahkan selera makan anak anda dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh anda. Oh ya, jangan lupa share dengan rakan-rakan ye!

Leave a Reply