fbpx
Tips Kesihatan

8 Cara Merangsang Tabiat Membaca Anak

By April 20, 2019 Ogos 20th, 2019 No Comments

 

 

Anak anda tidak suka belajar membaca atau membaca buku? Ini masalah biasa yang dihadapi oleh ibu bapa. Jangan risau. Anda tidak berseorangan. Ramai lagi ibu bapa yang menghadapi masalah yang sama.

Tak semua kanak-kanak suka membaa buku. Kita kena tahu banyak sebab yang menyebabkan kanak-kanak tidak suka membaca antaranya:

  • Anak anda rasa membaca adalah satu tanggungjawab
  • Anak anda tidak tahu membaca
  • Anak anda fikir membaca satu aktiviti  yang membosankan
  • Anak anda tidak mempunyai buku yang sesuai dengan dirinya

Cuba anda analisis kenapa anak anda tidak suka membaca. Ianya akan menjadi lebih mudah bila anda tahu mengapa anak anda tidak suka membaca.

Lebih mudah bagi anda mencari jalan atau cara untuk merangsang tabiat membaca anak anda.

Dengan menjadikan membaca buku ini sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan, anak anda selepas ini akan menjadikan membaca ini sebagai satu tabiat dan hobi baru!

8 Cara Merangsang Tabiat Membaca Anak

Anda boleh cuba 8 cara ini untuk merangsang dan mengalakkan tabiat membaca mereka.

1. Sediakan Sudut Bacaan

Cipta satu kawasan khas untuk anak anda membaca secara bersama-sama. Jangan lupa dapatkan bean bag, rak buku dan aksesori lain yang comel-comel. InsyaAllah anak anda akan mempunyai sudut bacaan yang selesa.

2. Rangsang Anak Membaca Di Rumah dan Di Luar Rumah

Jangan hadkan aktiviti membaca itu sekadar membacca buku. Rangsang mereka untuk membaca menu kedai makan, nama filem, tanda jalan, nama kenderaan dan apa sahaja yang boleh di baca. Praktikkan, anda akan lihat kesannya!

Ajar anak anda bahawa bacaan adalah lebih daripada sekadar untuk buku. Mengamalkan menu bacaan, nama filem, tanda jalan, arahan permainan, dan banyak lagi-papar anak anda membaca di mana-mana sahaja.

3. Jadi Teladan

Nak anak rajin membaca? Anda perlu tunjukkan contoh dahulu. Cuba tukar aktiviti anda melayari media sosial dengan membaca di hadapan anak-anak. Bila mereka melihat anda rajin membaca, mereka pasti akan duduk disebelah anda sambil membaca bersama-sama. Anda juga boleh sediakan Qaseh Gold Junior untuk membantu mereka fokus semasa membaca buku bersama anda!

4. Membuat Kaitan Dengan Hidup

Cuba anda kaitkan apa yang anak anda baca dengan kehidupan seharian. Mereka akan lebih teruja bila apa yang dibaca itu mempunyai kaitan dengan kehidupan seharian mereka. Contohnya buku mengenai pengurusan diri seperti mandi. Bagaimana mandi boleh menjaga kebersihan diri dan mengelakkan jangkitan kuman.

5. Selalulah ke Perpustakaan

Rajin-rajin kaki anda melangkah ke perpustakaan berhampiran rumah anda bersama-sama anak. Mereka pastinya lebih teruja apabila melihat banyak buku di perpustakaan. Lebih-lebih lagi banyak buku menarik di sana dan suasana yang selesa untuk membaca.

6. Bersoal Jawab Selepas Membaca

Cuba anda tanyakan kepada anak anda selepas mereka membaca buku, apakah pengajaran yang dapat dan bahagian manakah yang menarik bagi mereka. Ini membantu anak anda untuk lebih memahami apa yang mereka baca dan mengeratkan hubungan anda berdua.

7. Kenalkan Pelbagai Jenis Bahan Bacaan

Anda boleh pelbagaikan bahan bacaan di rumah anda seperti komik, majalah, novel dan surat khabar. Dengan mempelbagaikan bahan bacaan, anda akan tidak akan cepat bosan dengan aktiviti membaca mereka.

8. Berikan Sokongan Kepada Anak Anda

Sekiranya anak anda ada masalah untuk mengeja atau membaca, berikan mereka sokongan. Jangan biarkan masalah ini “membunuh” minat membaca mereka. Sekiranya perlukan khidmat pakar, terus berjumpa dengan mereka dan selesaikan sesegera mungkin masalah tersebut.

 

Penutup

Bagi memastikan anak anda rajin membaca, anda sebagai ibu bapa perlu menerapkan amalan ini sejak dari kecil lagi. Seperti kata pepatah, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Jika satu-satu perkara dimulakan sejak dari kecil lagi, bila anak anda meningkat dewasa mereka akan tetap dengat tabiat membaca buku. Selain itu anda boleh bantu anak-anak anda dengan bantuan nutrisi penting untuk BOOSTKAN lagi prestasi MINDA anak-anak. Anak diusia persekolahan perlukan support dari segi dalaman selain daripada pembelajaran harian.

 

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda memupuk minat membaca buku dalam diri anak anda.

Leave a Reply