fbpx
Tips Berpuasa

7 Tips & Amalan Untuk Anak Seronok Berpuasa

By Mei 27, 2019 No Comments

Kehadiran bulan Ramadhan sangat-sangat dinanti oleh semua umat Islam di dunia ini.

Pada bulan inilah semua amalan dilipat kali gandakan oleh Allah S.W.T

 

Pahala amalan sunat menjadi pahala amalan wajib.

Malah pada bulan ini juga adanya malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari 1000 bulan!

 

Untuk mummy-mummy yang ada anak kecil, masa inilah yang terbaik untuk mendidik mereka mengenai keistimewaan bulan Ramadhan.

Walaupun mereka tidak diwajibkan lagi berpuasa kerana belum baligh, namun melentur buluh biarlah dari rebungnya.

 

Mummy boleh bagi peluang kepada mereka untuk berpuasa beberapa jam dahulu, ala macam kita kecil-kecil dulu buat tu.

Pagi puasa, tengah hari dah buka periuk hehe.

 

Seawal 7 tahun, perlahan-lahan kita didik mereka erti berpuasa dari segi praktikal dan teorinya.

Dari segi praktikal amalan berpuasa itu sendiri menahan diri dari makan dan minum.

Dari segi teorinya, memahami bagaimana perasaan orang yang susah dan tidak makan kerana ketiadaan makanan.

 

Okay untuk mudahkan lagi urusan mummy-mummy semua, kami dah kumpulkan 7 tips & amalan mudah untuk anak-anak menikmati bulan Ramadhan ini!

 

#1. Bersahur & Berbuka

Anda perlu pastikan anak-anak anda berbuka dan bersahur bersama-sama anda.

Jangan amalkan sahur pukul 1-2 pagi.

Waktu bangun sahur yang terbaik ialah dalam lingkungan 4.30-5.00 pagi.

 

Biar mereka dapat merasakan nikmat bersahur seperti rakan-rakan yang lain.

Lagipun amalan bersahur adalah amalan Rasulullah dan dalam sahur itu menurut baginda ada keberkatan.

Jadi jangan skip sahur ye!

 

#2. Solat Berjemaah

Jangan lupa untuk solat berjemaah dengan anak-anak semasa bulan Ramadhan ini.

Ayah-ayah boleh bawa anak lelaki solat di masjid selepas sahur dan solat terawih.

Ibu-ibu boleh solat berjemaah dengan anak perempuan di rumah.

 

Bila anak-anak melihat suasana begini mereka akan lebih seronok dengan kehadiran bulan Ramadhan.

 

 

#3. Membaca Al-Quran

Salah satu peristiwa besar di bulan Ramadhan ialah Nuzul Quran.

Jadi mummy-mummy semua bolehlah cadangkan dengan pasangan masing-masing supaya membuat aktiviti tadarus Al-Quran antara Maghrib – Isyak.

 

Mudah-mudahan dengan berkat setiap hari mengadakan tadurus, walaupun dah habis Ramadhan, amalan ini terus menjadi rutin di rumah.

Selain itu anak-anak juga akan lebih dekat dengan al-Quran sepanjang bulan suci ini!

 

#4. Baca Hadis

Ni antara amalan yang Ustaz Ebit Lew selalu kongsi.

Satu amalan yang menyebabkan satu rumah tersebut akan dilimpahi dengan rahmat dan kasih-sayang Allah.

 

Kalau ada yang bergaduh dalam rumah tu, lambat-laun akan berbaik-baik semula.

Ini adalah antara kelebihan membaca hadis di rumah.

 

Cuba tetapkan satu masa dan tempat untuk membaca hadis ini.

Contohnya di ruang tamu selepas waktu Maghrib.

Biar semua ahli keluarga mummy-mummy ikut serta.

 

InsyaAllah ketenangan dan mawaddah akan hadir dalam keluarga.

Antara kitab hadis yang boleh digunakan ialah Fadhilat Amal dan Fadhilat Sedekah.

Kedua-dua kitab ini disusun oleh Muhaddis dari India, Maulana Zakariya.

 

#5. Solat Terawih

Solat terawih ni masa bulan Ramadhan je ada.

Jadi mummy-mummy kalau boleh sediakan baju melayu siap-siap untuk anak-anak ke solat terawih selepas Maghrib nanti.

 

Biarlah kalau anak-anak time tu tak solat lagi dengan betul-betul.

Janji mereka ada pengalaman join mummy-mummy ke masjid untuk solat terawih.

 

Lepas terawih biasanya akan ada moreh.

Anak-anak mesti suka dengan moreh ni lagi-lagi kalau kat kampung.

Meriah je dengan makanan macam kuih-kuih dan bihun.

 

Kalau Malam 7 Likur lagi best. Biasanya di sebelah utara, masjid akan buat Nasi Daging.

Petang tu buka puasa ramai-ramai di masjid dan diteruskan lagi dengan solat Maghrib berjemaah.

Pasti anak mummy-mummy akan seronok dengan aktiviti yang setahun sekali diadakan ini!

 

 

Leave a Reply