fbpx
Tips Kesihatan

6 Cara Menghilangkan Sembelit Pada Anak

By April 8, 2019 April 16th, 2019 No Comments

“Ibu, Aryan tak boleh nak berak la bu…” Adu Aryan dari tandas. Sebagai ibu, mesti kita rasa kesian bila melihat situasi ni kan. Anak tak dapat buang air besar dan anak sering sembelit.

Sebenarnya ada beberapa cara yang anda sebagai ibu boleh lakukan untuk menghilangkan sembelit ini.

Ya, tanpa perlu ke klinik atau farmasi untuk mengambil ubat. Semuanya boleh dimulakan di rumah sahaja. Menarik kan?

Biasanya, jika sembelit ini terjadi pada bayi, doktor akan mensyorkan ibu bapa untuk melakukan beberapa perkara di rumah sebagai pertolongan pertama sembelit pada anak.

 

Nak tahu apa perkara tersebut?

Jemput baca 6 Cara Menghilangkan Sembelit Pada Anak ye.

 

anak sembelit

1. Regangan

Latihan dan pergerakan dapat merangsang usus bayi.

Pergerakan seperti berjalan dan merangkak sangat membantu untuk melegakan sembelit.

Okay kalau anak anda belum lagi mampu untuk melakukan dua perkara tersebut, anda boleh mengerakkan kaki bayi dengan perlahan-lahan semasa mereka berbaring.

Lakukan gerakkan seperti mengayuh basikal. Gerakan seperti sangat membantu untuk melancarkan usus dan menghilangkan sembelit.

 

2. Mandi Air Suam

Memandikan anak anda dengan air suam sangat membantu untuk melegakan otot perut dan memudahkan proses membuang air besar. Malah jika anak masih tidak selesa dengan sembelit, mandi air suam dapat menghilangkan ketidakselesaan tersebut.

 

 

3. Tukar Menu Makan

Mungkin dah tiba masanya untuk anda tukar menu

makan anak anda. Dengan menukar menu makan, masalah sembelit pada anak dapat diatasi.

Antara cadangan yang boleh dilakukan oleh ibu ialah dengan memberikan makanan yang mempunyai sumber serat yang tinggi.

Contoh makanan yang mempunyai serat yang tinggi ialah buah-buahan dan sayur-sayuran.  Makanan seperti ini dapat merangsang usus bayi sekaligus menghilangkan sembelit anak.

Berikut kami kongsikan makanan yang mempunyai serat tinggi:

  • epal tanpa kulit
  • brokoli
  • biji-bijian, seperti roti oat atau pasta
  • pear
  • plum

Kami juga mengesyorkan pengambilan Qaseh Gold Junior bagi membantu mengatasi masalah sembelit yang dihadapi anak anda. Qaseh Gold Junior diperkaya dengan 14 ramuan semulajadi seperti buah kurma yang sememangnya kaya dengan sumber serat.

 

4. Kerap Minum

Anda perlu pastikan anak anda kerap minum semasa mengalami sembelit. Air sangat-sangat penting untuk sistem pencernaan manusia.

Dengan adanya air di dalam usus anda, ianya akan menjadikan proses penghadaman anda kekal lancar.

Kekurangan air di dalam badan menyebabkan usus besar menyerap air dari sisa makanan anda.

Ini menyebabkan anak anda mengalami sembelit.

 

 

5. Urutan Lembut

Terdapat beberapa cara urutan lembut yang anda boleh lakukan untuk hilangkan sembelit pada anak.

  • Buat urutan lembut menggunakan jari anda pada bahagian perut anak anda. Lakukan dalam pergerakan ikut jam.
  • Jika anak anda masih lagi bayi, pegang kaki dan lutut dan tolak perlahan-lahan ke arah perut.

6. Amalkan Minum Jus Buah-buahan

Anda juga boleh berikan mereka jus buah-buahan untuk menghilangkan sembelit. Pastikan anda memberikan just asli dan bukannya just berperisa yang banyak dijual di kedai-kedai.

Cuba amalkan segelas sehari dan lihat hasilnya. Kami kongsikan kepada anda beberapa jenis jus yang anda boleh cuba:

  • Jus buah prun. Berfungsi sebagai julap. Buah prun mengandungi sorbitol, magnesium, dan kalium yang semuanya sangat baik untuk usus
  • Jus buah lemon. Tinggi vitamin C dan sebatian antioksidan yang mampu menarik air ke usus
  • Jus buah epal. Sangat membantu menghilangkan sembelit anak kerana kandungan serat dan serbitol yang tinggi.

Penutup

Sembelit pada anak sebenarnya boleh menyebabkan mereka tidak selesa dan tidak ceria.

Ibu bapa boleh cuba dahulu 6 cara menghilangkan sembelit yang kami kongsikan di atas ini sebagai bantu mula. Sekiranya masalah sembelit berterusan, sila segera berjumpa dengan doktor untuk nasihat dan tindakan selanjutnya.

 

 

Leave a Reply