fbpx
Uncategorized

5 Tips Elak Anak Daripada Terkena Jangkitan Demam Ketika Beraya

By Jun 12, 2019 Oktober 3rd, 2019 No Comments
5 TIPS ELAK ANAK DARIPADA TERKENA JANGKITAN DEMAM KETIKA BERAYA

Hari Raya Aidilfitri datang setahun sekali.

Jangan anak, ibu dan ayah juga turut gembira bila Aidilfitri menjelma.

Berkumpul bersama keluarga.

Ditambah pula dengan juadah hari raya yang pelbagai.

Memang seronok bila beraya ni hehe.

 

Tapi dalam keseronokkan beraya tu, kanak-kanak sangat terdedah dengan jangkitan kuman.

Biasalah, berkumpul beramai-ramai, tidur sekali dan main sekali.

Sangat mudah untuk kuman dan bakteria berjangkit.

 

Dah la time raya kan, anak demam pulak tu.

Habis hilang mood raya bila anak demam.

Kesian dekat anak-anak tak dapat join beraya dan kutip duit raya.

 

 

 

5 Tips Elak Anak Daripada Terkena Jangkitan Demam Ketika Beraya

Jadi untuk atasi masalah ni, mari kami kongsikan kepada anda 5 tips yang anda boleh amalkan.

InsyaAllah 5 tips mudah dan senang je.

 

1. Hati-hati Menggunakan Pengangkutan Awam

Bila hari raya menghampiri, pastinya kita akan menyambutnya di kampung halaman masing-masing.

Ada yang menggunakan kenderaan sendiri dan ada juga menggunakan pengangkutan awam seperti bas ekspress dan keretapi.

 

Virus seperti selsema boleh “hidup” di udara sekitar dalam tempoh 2 hingga 8 jam.

Virus selsema ini datang dari orang yang sudah dijangkiti selsema dan merebak melalui udara.

Malah jangkitan selsema juga boleh merebak apabila seseorang itu meenyentuh permukaan yang dijangkiti virus berkenaan.

 

Jadi bila anda menggunakan kenderaan awam, pastikan anda mengamalkan tips di bawah ini:

  • Basuh tangan selepas menggunakan tandas dan sebelum berbuka puasa
  • Jangan lupa untuk menggunakan sanitizer bila anda tidak dapat membasuh tangan anda
  • Cuba jaga jarak yang selamat dengan mereka yang sedang menghidap batuk, selsema dan demam. Jika perlu pakai penutup muka.

 

2. Makan Makanan Seimbang

Walaupun berpuasa, pastikan anak-anak anda mendapatkan makanan yang seimbang dalam diet harian mereka.

Sekiranya mereka tidak mendapat nutrisi yang mencukupi, daya pertahanan badan mereka akan menjadi lemah.

 

 

Ini yang menyebabkan badan mudah diserang penyakit dan demam.

 

Ibu-ibu juga menggunakan alternatif lain untuk anak-anak seperti menyediakan Qaseh Gold Junior semasa mereka berpuasa dan berhari raya.

Dengan kandungan nutrisi yang lengkap dari makanan sunnah, insyaAllah anak anda akan lebih sihat dan kuat!

 

3. Dapatkan Rehat Yang Cukup

Anak-anak bila dah jumpa geng mesti tak ingat dunia punya. Hehe.

Biasalah tu, jumpa jarang-jarang sekali mesti banyak aktiviti nak buat sekali.

 

Tapi bila sibuk bermain, mereka akan kurang rehat.

Kalau di rumah, biasanya petang akan tidur sebentar.

Tapi bila dah jumpa geng ni, dari pagi sampai ke tengah malam baru tidur.

 

Kanak-kanak bila kurang tidur dan rehat, badan mereka lebih mudah untuk dijangkiti penyakit.

Jadi pastikan anak-anak anda tidur pada awal waktu dan dapat rehat yang secukupnya.

 

Jangan biarkan mereka berjaga sehingga larut malam.

Ini juga tidak baik untuk kesihatan mereka.

 

4. Minum Air Secukupnya

Bila tiba musim perayaan, pelbagai juadah tersedia.

Lagi-lagi bila ke open house.

 

Air kosong susah dah nak jumpa.

Yang ada biasanya air sirap dan air berkarbonat.

 

Jadi anda sebagai ibu bapa, pastikan anda menyediakan air minuman seperti air mineral di dalam kereta.

Berikan mereka minum air kosong secukupnya sewaktu musim perayaan.

 

Selain mengekalkan paras air dalam badan, air yang mencukupi akan mengelakkan sembelit.

Pesan juga kepada anak-anak supaya tidak terlalu banyak meminum minuman bergula dan bergas.

 

5. Banyak Makan Kuih Raya

Kuih raya seperti kita sedia maklum sedap-sedap dan manis.

Kandungan gula dalam setiap kuih raya juga tinggi.

 

 

Bila pengambilan gula lebih tinggi dari biasa, sistem imunisasi akan kurang berkesan dalam melawan jangkitan kuman.

Jadi ibu-ibu perhatikan anak anda semasa di rumah tetamu.

Pastikan mereka tidak makan kuih raya terlalu banyak ye.

 

Penutup

Pastikan hari raya kali ini lebih ceria dan bermakna tanpa demam dan penyakit lain.

Anda mampu mengubahnya dengan menjaga kesihatan diri sendiri dan anak!

 

Leave a Reply