fbpx
Tips Kesihatan

5 Persediaan Untuk Anak Yang First Time Berpuasa

By April 25, 2019 Mei 22nd, 2019 No Comments

 

 

“Mama, esok Rayyan nak puasa jugak la. Macam best je tengok mama dengan papa puasa.” luah Rayyan kepada Mamanya.

“Okay Rayyan, boleh. Esok kita bangun sahur sama-sama ye.” balas mama.

 

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itu pepatah orang tua kita yang membawa maksud untuk mengajar atau mendidik anak perlulah dari kecil.

Jadi untuk melatih anak anda berpuasa sangat sesuai dimulakan dari usianya kanak-kanak lagi.

Seawal 5 – 7 tahun sudah boleh latih berpuasa.

Mula dengan puasa separuh hari dan akhirnya sehari penuh.

InsyaAllah mereka boleh menjalani ibadah puasa dengan baik.

 

Bagi ibu bapa yang first time anak mereka hendak berpuasa, boleh amalkan 5 tips persediaan ini:

shutterstock_281944895-[Converted]

Kredit http://www.muslimkidsguide.com

#1. Jangan Paksa Anak Berpuasa Penuh

Anak kita seperti kita sedia maklum, pada usia 5 – 7 tahun mereka tidak wajib berpuasa.

Jadi jangan sesekali paksa anak anda berpuasa penuh.

 

Mereka pada usia kanak-kanak ini sangat aktif.

Bila aktif, banyak tenaga yang mereka gunakan dalam aktivti seharian dan menyebabkan mereka cepat letih.

Biasanya kalau balik sekolah, pasti anak anda akan “mengadu” keletihan dan kelaparan.

Mana taknya, di sekolah bukan main lagi berlari ke hulu ke hilir dengan rakan-rakan. Hehe.

 

Jadi kami mencadangkan ibu-ibu yang prihatin memberikan Qaseh Gold Junior sebagai makanan tambahan semasa waktu sahur.

Kerana Qaseh Junior dilengkapi 14 ramuan yang banyak manfaatnya kepada anak-anak terutama memberi tenaga dan kekuatan badan kepada mereka.

Untuk apa makanan tambahan ini?

Untuk pastikan mereka kekal bertenaga walaupun berpuasa!

 

#2. Masak Makanan Kegemaran Mereka

Beri mereka ganjaran bila mereka berjaya berpuasa walaupun separuh hari.

Sebagai contoh, hari pertama anak anda berjaya berpuasa separuh hari.

Masakan mereka makanan yang mereka suka sebagai ganjaran.

 

Ganjaran mampu meningkatkan motivasi lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak.

Jangan terkejut kalau esok anak anda sudah mampu berpuasa penuh!

 

Oh ya, anda juga boleh kekalkan mood puasa anak anda.

Caranya mudah saja.

Selepas mereka berbuka puasa (separuh hari), anda minta mereka untuk tidak makan dan minum bagi menghormati orang lain yang berpuasa.

Biasanya mereka akan okay, lebih-lebih lagi dah dapat makanan kegemaran mereka tadi.

 

#3. Didik Mereka Mengenai Puasa

Waktu kecil adalah waktu terbaik untuk mendidik anak mengenai puasa.

Imam Hasan al Bashri rahimahullah berkata,

التَّعَلُّمُ فِي الصِّغَرِ كَالنَّقْشِ فِي الْحَجَرِ

“Menuntut ilmu di waktu kecil seperti mengukir diatas batu ”

 

Beberapa minggu atau hari sebelum bulan Ramadhan datang, gunakan waktu ini untuk menerangkan kepada anak anda berkaitan:

  • Sejarah bulan Ramadhan
  • Sebab perlu berpuasa
  • Pahala berpuasa
  • Amalan sewaktu puasa
  • Apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan sewaktu berpuasa

Cukup ajarkan mereka yang simple-simple, lebih-lebih lagi berkaitan dengan pahala berpuasa.

Kanak-kanak suka untuk mendengar mengenai pahala ataupun ganjaran.

Ini dapat memotivasikan diri mereka untuk terus berpuasa sepanjang hari.

 

Niat Puasa Ramadhan

 

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan (Harian)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

 

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sepenuhnya (Sebulan)

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

Antara yang boleh diajar ialah doa berbuka puasa:

ALLâhumma Laka Şumtu Wa Bika Âmantu Wa Ala Rizqika Afţar-Tu Biraĥmatika Yâ Ar-Ĥamar-Raĥimin.

Maksudnya:

Ya Allah untukMu aku berpuasa, kepadaMu aku beriman dan dengan rizeki dariMu aku berbuka, dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Penyayang.

 

#4. Libatkan Semasa Penyediaan Sahur Dan Berbuka

 

Jangan lupa libatkan anak-anak anda yang baru mula berpuasa semasa penyediaan makanan waktu sahur dan berbuka.

Biar mereka rasa seronok semasa menyediakan makanan pada dua waktu berkat ini.

Tanya mereka apa yang mereka nak makan dan sediakan makanan tersebut.

 

Ibu-ibu boleh ajar anak makan makanan sunnah sewaktu bersahur dan berbuka seperti buah kurma.

Bagi anak-anak yang belum bersedia memakan buah kurma, ibu-ibu boleh gantikan dengan Qaseh Gold Junior.

Makanan tambahan ini sudah diperkaya dengan makanan sunnah seperti kurma dan kismis.

 

#5. Siapkan “Action Plan” Ramadhan

Bagi menjadikan bulan Ramadhan lebih menarik, ibu bapa boleh menyediakan “action plan” untuk bulan puasa.

Antara “action plan” yang boleh dirancang ialah:

  • Makanan untuk sahur dan berbuka
  • Hafalan doa-doa harian selama 30 hari
  • Nak jemput siapa ke rumah untuk berbuka bersama-sama
  • Tempat untuk berjalan-jalan waktu hujung minggu
  • Solat terawih di masjid berdekatan
  • Nak berbuka di mana pada hujung minggu

Dengan adanya “action plan” ini, anak anda akan melihat bertapa meriahnya sambutan Ramadhan.

Banyak aktiviti baru yang tiada pada bulan lain jika dibandingkan dengan bulan Ramadhan.

Pasti mereka akan lebih seronok dan gembira menyambut bulan Ramadhan dan pada masa yang sama berpuasa bersama-sama anda!

 

Leave a Reply