fbpx
Uncategorized

5 Cara Tingkatkan Sistem Ketahanan Badan Anak

By Jun 17, 2019 Ogos 26th, 2019 No Comments

Bila anda ada anak kecil, anda tidak dapat lari dari demam dan selsema.

Inilah penyakit yang akan “menemani” mereka sepanjang mereka membesar.

 

 

Jadi sebagai ibu bapa, apa yang anda boleh bantu mereka?

Anak-anak ini selalu terdedah dengan pelbagai kuman dan bakteria di mana-mana.

Di sekolah, di rumah dan di taska.

Kuman dan bakteria ada di mana-mana!

 

 

Tapi adakah anda tahu, anak-anak anda sedang mengkuatkan sistem imunisasi mereka sendiri bila diserang penyakit?

Ini adalah satu fakta yang menarik sebenarnya.

Bila badan anak-anak diserang demam, antibodi di dalam badan mereka sedang menjadi lebih kuat.

Jadi jangan risau kalau anak anda diserang demam dan selsema ye.

 

Untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan cara-cara untuk meningkatkan sistem imunisasi anak anda!

 

 

1. Beri makanan berkhasiat

makanan berkhasiat anak

Berikan anak-anak anda makanan berkhasiat untuk membantu badan mereka melawan penyakit.

Contoh makanan berkhasiat ialah buah-buahan dan sayur-sayuran seperti di bawah:

  • Lobak
  • Kekacang hijau
  • Oren
  • Strawberi

Makanan di atas mengandungi phytonutrisi seperti vitamin C dan carotenoids.

Kehadiran phytonutrisi membantu badan menghasilkan sel darah putih untuk melawan jangkitan kuman yang menyerang.

 

Kurma juga antara bahan yang digunakan dalam Qaseh Gold Junior.

Untuk makluman, kurma juga membantu untuk meningkatkan sistem imunisasi.

Jadi ibu bapa boleh mengamalkan Qaseh Gold Junior sebagai alternatif untuk makanan tambahan anak!

 

2. Tidur Mencukupi

anak tidur

Tidur mencukupi sangat penting untuk kanak-kanak.

Anda boleh merujuk waktu tidur untuk anak anda di bawah:

  • Bayi: 12 hingga 16 jam (termasuk nap)
  • Kanak-kanak: 11 hingga 14 jam (termasuk nap)

 

Pastikan anak-anak anda tidur mengikut masa yang telah diperuntukan.

Tak cukup tidur  boleh membuat anak anda lebih mudah terdedah kepada penyakit.

Kenapa ini berlaku?

Kerana berlakunya pengurangkan sel-sel pembunuh semula jadi,

Sel-sel ini adalah senjata sistem imun yang menyerang mikrob dan sel-sel kanser.

 

3. Minum Susu Ibu

kebaikan susu ibu

Cara ini sesuai untuk diamalkan bagi anak yang berusia 2 tahun dan ke bawah.

Seperti kita sedia maklum, susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.

 

Dengan memberikan bayi meminum susu ibu, sistem imunisasi yang lebih kuat.

Ini berlaku kerana kandungan kolestrum dalam susu ibu.

 

Kolesterum membantu mengelakkan bayi anda dari terkena:

  • cirit birit
  • selesema
  • bronkitis
  • radang paru-paru

 

4. Bersenam Bersama-sama

Kebaikan bersenam sangat banyak.

Kalau ditulis disini pasti tak cukup.

 

Jadi ibu bapa boleh gunakan masa pada hujung minggu untuk bersama-sama anak untuk bersenam.

Bersenam tidak semestinya berjongging je.

 

Menurut Dr. Ranjit Chandra, bersenam dapat meningkatkan bilangan sel pembunuh semulajadi di dalam badan orang dewasa.

Begitu juga kesannya menerut beliau kepada kanak-kanak.

 

Jadi anda boleh luangkan masa dengan anak-anak dengan aktiviti berikut:

  • Hiking
  • Bermain basikal
  • Berjogging
  • Memanah
  • Menaiki kuda

Cuba cipta kelainan sedikit supaya anak-anak tidak bosan.

 

5. Berhenti Merokok!

Berhenti merokok sekiranya anda masih lagi merokok.

Merokok sangat membahayakan kesihatan lebih-lebih lagi kepada orang sekeliling.

 

Asap rokok mengandungi lebih 4000 bahan kimia.

Kesan asap rokok sangat memudaratkan lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak.

 

Kenapa lebih merbahaya?

Ini berlaku kerana mereka:

  • Kadar pernafasan mereka lebih cepat
  • Sistem detoksifikasi semulajadi mereka masih lagi lemah

 

Kesan asap rokok boleh menyebabkan mereka:

  • Serangan asma
  • Brokintis
  • Kanser paru-paru
  • Batuk berterusan
  • Jangkitan telinga

 

Cubalah untuk berhenti merokok secara perlahan-lahan.

Sekiranya tidak mampu, jangan merokok dalam rumah.

Merokok jauh dari anak-anak supaya mereka terjaga dari asap rokok.

 

Kesimpulan

Terdapat banyak lagi cara yang anda boleh amalkan dan cuba untuk meningkatkan sistem imunisasi anak.

Apa yang kami kongsikan kali ini adalah langkah yang mudah dan boleh dimulakan bila-bila masa.

Anda ada cadangan lain? Boleh kongsikan dengan kami di bawah 😉

 

Leave a Reply