fbpx
Tips Berpuasa

5 Cara Mudah Kejut Anak Bersahur Tanpa Mummy Jadi Hulk!

By Mei 29, 2019 No Comments

“Rayyan bangun, sahur jom.” kejut mummy.

“Ye bu, Rayyan dah bangun ni.” balas si Rayyan 5 tahun.

 

Mesti anda impikan anak-anak anda dapat bangun semudah ni kan?

Sekali kejut dah bangun. Tak perlu jadi hulk pagi-pagi nak kejutkan anak bangun sahur.

Dah la penat siapkan makanan kat dapur, lepas anak-anak payah nak bangun.

Mesti geram je kan kalau jadi macam ni.

Nak tak kami kongsikan kepada mummy semua, macam mana kejut anak-anak dengan mudah?

Yup, tanpa perlu marah-marah atau percik air kat muka hehe.

 

 

Susah Bangun Tidur Bukan Tanda Anak Pemalas

Frederick Brown seorang professor dalam bidang psikologi ada menyebut bahawa orang yang jenis bangun awal dan jenis bangun lambat ini ditentukan oleh genetik.

Memanggil anak kita sebagai pemalas boleh mengurangkan motivasi mereka.

Susah bangun pagi biasanya dipengaruhi oleh waktu tidur mereka.

Jadi pastikan mummy-mummy tidurkan mereka sebelum pukul 10 malam setiap hari.

 

5 Cara Untuk Anak Mudah Bangun Sahur

 

#1. Pastikan Tidur Anak Cukup

Untuk memastikan mereka dapat bangun sahur dengan mudah, pastikan mereka cukup tidur.

Kanak-kanak memerlukan tidur yang lebih lama berbanding orang dewasa (1o jam).

 

Mummy-mummy perlu usahakan sesuatu untuk memastikan mereka tidur awal.

Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan, mereka perlu bangun lebih awal dari biasa.

 

Cuba elakkan perkara ini sebelum mereka tidur:

  • Masuk tidur selepas pukul 10 malam
  • Bermain telefon pintar
  • Bermain-main dengan adik-beradik sebelum tidur
  • Makan moreh dengan banyak

InsyaAllah, bila mereka tidur awal, lebih mudah untuk mereka bangun waktu sahur nanti.

 

#2. Kejutkan Denga Kata-kata Positif

“Rayyan anak mama sayang, bangun sahur sayang”

Ini adalah contoh kata-kata positif yang anda boleh gunakan untuk mengejut anak anda pada waktu sahur.

 

Anak-anak akan mudah bangun bila dikejutkan dengan cara begini.

InsyaAllah dengan cara ini, mummy pun tak bertukar jadi hulk.

 

#3. Muhasabah Diri

Sebelum tidur, cuba jadikan muhasab diri sebagai rutin dengan anak-anak.

Ingatkan mereka untuk niat bangun sahur pada esok pagi.

Ceritakan kepada mereka kelebihan bersahur dan kenapa perlu bangun pada waktu sahur.

 

Anak-anak perlu dimotivasikan dengan kelebihan dan ganjaran bersahur.

Bila mereka tahu apa kelebihan tersebut, lebih bersemangat untuk mereka bangun bersahur.

Ingatkan juga mereka mengambil Qaseh Gold Junior sewaktu bersahur.

 

Contoh kelebihan bersahur untuk diingatkan kepada anak-anak ialah:

  • mengurangkan rasa lapar dan dahaga
  • lebih bertenaga di sekolah
  • sunnah Rasulullah
  • Allah suka orang yang bangun sahur
  • dapat pahala bila bangun bersahur
  • boleh ikut ayah ke masjid selepas bersahur

Bila minda sudah disetkan untuk bangun awal pagi, secara tak langsung mereka lebih mudah untuk bangun pagi.

Tiada lagi drama sebelum sahur. Hehe.

 

#4. Nyanyikan Lagu

Menyanyikan lagu-lagu positif adalah salah satu cara untuk mengejutkan anak yang tidur.

Semasa mengejutkan mereka sahur, anda boleh nyanyikan lagu nasyid yang mereka suka atau belajar di sekolah.

Bangun dengan mendengar mummy menyanyi boleh jadi kenangan indah semasa bulan ramadhan.

 

Jangan lupa selitkan kata-kata positif semasa menyanyikan lagu tersebut.

Bila anak bangun dalam mood gembira, mereka lebih mudah mendengar kata.

 

Tiada lagi drama di meja makan semasa bersahur.

Anak gembira, mummy pun turut gembira!

 

#5. Masak Makan Kegemaran Mereka

Sebelum anak-anak tidur, bagitahu mereka yang mummy akan masakan makan kegemaran mereka.

Pasti mereka seronok dan tak sabar untuk bangun pada waktu sahur nanti.

 

Mummy-mummy boleh tanyakan mereka, apa yang mereka nak makan waktu sahur.

Dengan cara ini mudah bagi mummy untuk menyediakan makanan tersebut.

Jangan terkejut kalau waktu sahur tu, anak-anak bangun sendiri sebab terhidu bau masakan mummy!

 

Penutup

Kami harapkan perkongsi tips untuk mudahkan anak bangun sahur ini dapat memudahkan mummy-mummy semua mengejutkan anak ye!

Jangan risau lepas amalkan 5 cara ni, insyaAllah mummy dah tak jadi hulk lagi masa kejut sahur.

Oh ya, jangan lupa share ye artikel ni dengan rakan-rakan!

Leave a Reply