fbpx
Tips BerpuasaTips Kesihatan

3 Khasiat Madu Semasa Ramadhan

By Mei 10, 2019 Mei 22nd, 2019 No Comments

“Ibu, kenapa Harith selalu tengok ibu dengan ayah sahur dengan madu ye?” soal Harith penuh minat.

“Oh anak ibu perasan ye? Madu ni sebenarnya banyak khasiatnya dan bagus untuk kesihatan. Itu yang ibu dan ayah minum waktu sahur tu.” balas ibu Harith.

 

Khasiat Madu

Madu ataupun madu lebah, kita sudah sedia maklum akan khasiatnya.

Banyak hadis Rasulullah yang mengkhabarkan tentang khasiat madu.

 

Antara hadis mengenai khasiat madu ialah:

Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud ra bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Madu adalah penyembuh segala penyakit, sedang Al-Quran adalah penyembuh segala penyakit di dalam dada.

Maka dari itu, hendaklah kalian berubat dengan dua penyembuh, iaitu Al-Quran dan Madu”.

H/R Ibnu Majah dan Hakim

 

Peranan Mummy Di Rumah

Bagi mummy-mummy di luar sana, anak-anak dari kecil lagi perlu diperkenalkan dengan madu dan khasiatnya.

Supaya bila mereka membesar, mereka tidak asing dengan superfood yang bernama madu ini.

 

Selain itu, anak-anak yang mengambil madu sebagai makanan tambahan akan lebih:

  • tinggi antibodi
  • kurang masalah penghadaman seperti sembelit
  • kuat daya ingatan
  • mudah fokus di dalam kelas

 

Anak Tak Suka Madu?

 

Antara cara lain yang mummy boleh cuba ialah dengan memberikan mereka Qaseh Gold Junior.

Qaseh Gold Junior adalah makanan tambahan yang mengandungi makanan sunnah seperti madu.

Khasiat Madu Semasa Bulan Ramadhan

Okay berbalik kepada topik asal kita, khasiat madu dan macam mana kesannya kepada tubuh kita semasa bulan Ramadhan.

Kami akan kongsikan 5 khasiat madu tersebut untuk anda!

#1. Memberikan tenaga untuk berpuasa

Tidak dinafikan samada anak-anak atau kita sendiri, akan merasa penat sewaktu berpuasa.

Itu normal kerana kita tidak makan dan minum dalam tempoh lebih kurang 13 jam.

khasiat madu

Lebih-lebih lagi dengan aktiviti harian yang padat dan memenatkan akan menyebabkan kita lebih cepat kehilangan tenaga.

Terfikir macam mana nak jadi lebih bertenaga semasa berpuasa?

 

Jawapannya mudah je, minum madu waktu bersahur.

Dengan mengamalkan minum madu semasa waktu sahur dapat meningkatkan tenaga anda dan anak.

Oh ya, jangan lupa buah kurma juga ye.

 

1 sudu madu mengandungi 17 gram karbohidrat (gula).

Dengan kandungan sebanyak ini dan ditambah dengan menu sahur yang lain, pastinya ini sudah cukup untuk memberikan anda tenaga.

 

Dengan kehadiran glukosa, madu dapat memberikan anda tenaga segera!

Glukosa sangat mudah diserap oleh badan dan inilah kenapa madu dapat memberikan tenaga dengan segera.

Manakala fruktosa pula akan diserap secara perlahan-lahan dan ini membantu memberikan anda tenaga sepanjang hari.

 

#2. Gula Yang Sihat

Antara khasiat madu yang lain ialah berfungsi sebagai gula yang sihat.

Kandungan GI (glycemic index) madu adalah lebih rendah berbanding gula.

Bila anda mengamalkan madu, paras gula dalam badan anda akan naik lebih perlahan berbanding gula.

Malah kandungan kalori madu juga lebih rendah dari gula.

 

 

Biasalah kan masa bulan puasa ni, makan masa berbuka mesti yang manis-manis je.

Mummy-mummy kalau ke bazar Ramadhan, anak mesti nak beli air jagung la, ais kacang dan semua yang manis-manis.

 

Bila dah banyak sangat manis-manis ni tentulah banyak gula yang kita ambil.

Takut-takut habis je bulan puasa, dapat kencing manis huhu.

 

Jadi dengan mengamalkan madu pada waktu sahur dapat mengurangkan pengambilan gula harian kita.

Untuk anak-anak pun sama, ajar mereka makan madu sekali.

Cuba tukar air tu dengan teh madu ke, sihat sikit menu bersahur dan berbuka tu.

 

Walaupun rasa madu taklah sesedap gula yang selalu kita guna tu, tapi sekurang-kurangnya madu ni sihat.

Lepas dah minum bersahur atau berbuka tu, boleh bagi anak-anak Qaseh Gold Junior untuk tenaga extra.

 

#3. Madu Penawar Gastrik

Gastrik dan bulan puasa berpisah tiada.

Sakit yang kerap berlaku semasa bulan puasa ialah gastrik.

 

Gastrik berlaku bila pesakit tidak makan dalam satu tempoh yang lama.

Kehadiran asid yang lebih banyak dari kebiasaan menyebabkan pesakit tidak selesa di bahagian perut.

Bakteria H. pylori adalah punca kepada sakit gastrik.

 

 

Penutup

 

Sebenarnya banyak lagi kelebihan dan kebaikan madu lebih kepada kita dan anak-anak terutama sekali di bulan Ramadhan ini.

Tapi disebabkan kekangan masa dan ruang kami kongsikan 3 sahaja kebaikan madu ini kepada anda.

Kalau anda rasa artikel ini bermanfaat dan berguna jangan lupa share dengan rakan-rakan di media sosial ye!

 

Leave a Reply