fbpx
Tips Kesihatan

3 Kelebihan & Manfaat Kurma Untuk Puasa!

By Mei 27, 2019 No Comments

“Mama, kenapa masa berbuka Adam tengok mama dan papa makan buah kurma dulu?” tanya Adam penuh minat.

“Kami makan kurma dulu semsa berbuka sebab ni sunnah Rasulullah. Nabi berbuka dengan makan buah kurma dulu.” balas mama.

 

Anak-anak akan memerhatikan apa yang kita buat lebih-lebih lagi kalau dijadikan rutin seharian.

Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan, kita akan makan bersama-sama mereka lebih kerap berbanding bulan-bulan lain.

 

Kenapa Makan Buah Kurma?

Di bulan Ramadhan kita akan berpuasa dari terbit fajar hinggan tenggelam matahari.

Dalam tempoh ini badan kita akan “berehat” dan tidak menerima apa-apa makanan.

 

Jika anak anda tidak menjaga makanan sewaktu berbuka dengan sebaiknya, seperti kurang minum air masak, badan mereka akan kekurangan nutrisi.

Malah akan lebih banyak masalah kesihatan yang timbul ekoran tidak menjaga makan pada bulan ini.

 

Khasiat Buah Kurma

Sebab itu kita disunnahkan memakan buah kurma sewaktu berbuka.

Antara serat-serat yang terdapat dalam buah kurma ialah:

  • Fiber
  • Gula semulajadi
  • Protein
  • Potassium
  • Zat besi

 

Dengan mengamalkan buah kurma, kita dapat mengelakkan masalah-masalah ini dari berlaku:

  • Sakit kepala
  • Tekanan darah rendah
  • Kurang tenaga
  • Kurang fokus di dalam kelas

 

3 Kelebihan dan Manfaat Buah Kurma

 

#1. Mudah dicerna dan dihadam oleh perut

 

Buah kurma adalah sejenis buah yang mudah dicerna oleh perut lebih-lebih bagi perut kanak-kanak.

Bahkan buah kurma juga adalah buah yang digunakan untuk mentahnik bayi yang baru lahir.

 

Merujuk kepada Dr. Anwar El Mufti dari Mesir, di dalam kurma terdapat zat gula sebanyak 70%.

Gula yang terdapat dalam kurma ini mudah dicerna oleh badan dan tidak merbahaya seperti gula tebu.

Gula ini juga dikenali sebagai fruktosa dan ianya sangat mudah dihadam dan dicerna oleh badan kita.

 

Ibu-ibu boleh memilih dua cara untuk membekalkan nutrisi yang cukup kepada anak-anak di bulan Ramadhan ini.

Pertama berikan mereka kurma dan makan bersama-sama mereka.

Kedua berikan mereka makanan tambahan seperti Qaseh Gold Junior.

 

#2. Kurma Mengaktifkan Cecair Pencernaan

 

Bila anak anda mula berbuka puasa dengan memakan kurma, perut mereka akan lebih bersedia untuk menerima makanan setelah berpuasa seharian.

Kurma mampu menghasilkan cecair yang mampu menghadam dan mencerna makanan dengan lebih baik.

 

Bila makanan dapat dicerna dengan baik, masalah penghadaman seperti sembelit dapat dielakkan.

Jadi anda jangan risau, anak anda yang banyak makan kurma berkemungkinan besar tidak akan mengalami sembelit.

 

#3. “Energy Booster” Anak Anda

Buah kurma adalah makanan yang tinggi dengan glukosa, fruktosa and sukrosa.

Ketiga-tiga ini adalah gula sihat dan semulajadi.

Dengan kehadiran ketiga-tiga jenis gula ini, ianya akan membantu anak anda untuk terus kekal bertenaga.

 

Dengan mengamalkan makan buah kurma pada waktu sahur dan diikuti dengan Qaseh Gold Junior, anak anda akan kekal bertenaga di sekolah.

Manakala pada waktu berbuka pula, ianya akan membantu memberikan tenaga kembali selepas penat berpuasa seharian.

Jadikan kurma dan Qaseh Gold Junior sebahagian daripada menu mereka pada bulan Ramadhan ini.

Pasti mereka kekal aktif dan bersemangat untuk menghabiskan sebulan berpuasa.

 

Jangan risau, kurma hanya mempunyai gula yang sihat dan tidak membahayakan kesihatan anak anda.

Oh ya, pastikan anda berhati-hati semasa membeli kurma yang murah di luar sana.

Banyak yang direndam dengan air gula untuk memberikan rasa manis.

 

Jangan hanya fikir untuk berjimat sehingga kesihatan terabai.

Jangan beli kurma yang kotaknya telah basah.

Biasanya ia basah akibat lebihan air gula.

 

Penutup

Kami harapkan dengan perkongsian berkaitan 3 kelebihan dan manfaat buah kurma ini dapat memberikan ilmu baharu.

Selain anda lebih bersemangat untuk terus konsisten menjadikan buah kurma sebagai salah satu makanan untuk anak anda!

Jangan lupa share dengan rakan-rakan ye!

 

Leave a Reply